Sunday, June 14, 2009

hearty yang mati :(



subhanallah..
alhamdulillah...
allahu akbar..

alunanan zikir yang seharusnya menjadi penyeri dan zat vitamin hati yang jarang dialunkan oleh lidah.yang selalu terluah adalah lagu siti nurhaliza, in-team, takpun Jonas brothers. hati yang hampir mati ini pun keliru..

"bos... yang mana satu zikir ni ker atau destinasi cinta mestica atau.., destinasi cinta siti nurhaliza ...??"

hati ini pekak kerana merindukan suara-suara pengisian usrah yang istiqamah. hati ini barah kerana haus akan kelazatan ayat al-quran dan tafsiran yang menyinggah. hati ini buta kerana juling dengan meksiat depan mata. hati ini ketandusan deria kerana tiada sentuhan yang mengajaknya kembali mengingatiNya. hati ini hangus kerana terbakar dalam hangatnya dosa-dosa. hati ini meti kerana tiada lagi lautan air mata yang menelenggami aku dalam lautan kasihNya..

bebaru ini, ana dan sahabat di'busy'kan (kononnya) dengan clinical year yang baru sahaja seminggu cuma. belum lagi start junior posting, surgey postig, tak pun dah masuk HO nanti. adakah ketika itu akan tidak terngiang-ngiang lagi...

"kak, petang ni ada usrah kat rumah ustazah minah.."
"ada rehlah adik-beradik kat odec nanti, tak sabar pla..."
"hujung minggu ni ada program kris kat tawau.."
"qiam malam ni macam biasa, kat masjid..."
"kuliah tafsir kat kg e oleh ustaz jumaat ni, mai p sesama.."
"jom join akak buat usrah kat smakk sabtu ni.."
"ader perancangan hujung minggu ni, ader program dengan pelajar muallaf.."
"panggilan jihad ke matriks, sabtu ni, InsyaAllah.."

takutnya hati ini kalau perkara itu berlaku. janganlah aku dan sahabatku disibukkan dengan dunia, Ya Allah.. hati ini rindu sangat untuk bertafakur dan menangis berteleku di hadapanMu.. syaitan yang beraja sedang bergelak di hati, sekutu-sekutu jin ifrit sedang ketawa terbongkang di setiap pelusuk bahagian di dalam badan ini. nafsu sedang berparti kegembiraan di dalam setiap pembuluh darah ku ini.. mana sahutanMu wahai sahabat-sahabat... tariklah aku sebelum aku lemas dalam neraka buatanku sendiri ini...

kuakhiri coretan dan ingatan untuk hati ini dengan sedikit lipatan dalam sejarah yang membolakkan kembali hati ini untuk kembali kearah jalanMu yang mustaqim Ya Ilahi...

Satu hari dalam sejarah islam...

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)

Siti aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

moga jati ini terdidik dalam tarbiyyah yang penuh dengan biah "baru" ini..
salam jaga hati...

cau cin cau....

1 comments:

ACHIK AIDIK'S ABDULLAH on June 15, 2009 at 7:13 AM said...

activekan hearty wahai bebudak medik yang di sayangi semua...TAKBIR...!!!

Post a Comment

 

when brain is no longer functioning... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino