Salam...buat pertama kalinya corner 3 nak post sesuatu kat blog ni untuk perkongsian umum...lagi pun rasa bersalah plak ngan corner 2...asyik2 dia je yg kena post...tak adil la tuk dia walaupun dia tak kisah...kan..kan...tapi memandangkan blog ni milik rumate205...milik bersama...jd saya selaku corner 3 rasa terpanggil tuk turut memeriahkan blog ni....hehehe..
Post sy kali ni berupa pesanan tuk semua dan diri saya sendiri...
Terdapat 4 perkara yg membuat hidup menjadi sukar, perasaan menjadi tertekan dan dada menjadi sesak....
1) Bersungut dan tidak menerima qadha dan qadar ALLAH swt..ni kira org yg tak pandai nk bersyukur...sy sarankan org yg macam ni cuba dgr dan hayati btl2 lirik lagu mestica “rahmat ujian”...insyaAllah dapat ketenangan....aminnn...
2) Berbuat dosa dan tidak di sertai dengan taubat...ni lagi teruk...dah la buat dosa tak nak taubat lagi...ingat dunia ni milik mak bapak dia ke???
Buktinya dalam firman ALLAH swt yg bermaksud “Dan musibah apa pun yg menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri.....”(asy-syura:30)
3) Iri hati sesama manusia atau pun dengki atas anugerah yg ALLAH swt berikan kpd golongan tertentu. Dalam hadis ada ckp. Lebih kurang maksudnya “tidak akan rasa tenang org2 yg berdengki”. Tapi kalau dengki yg dapat memotivasikan diri tak apa kot...contohnya tengok sahabat dapat markah tinggi dan dia pun dengki dan cuba belajar bersungguh2 tuk dpt mcam kawan dia..tak pe kn???
4) Berpaling dari mengingati ALLAH swt
Sebagai firman Allah dalam surah Taha:124 yg bermaksud “ dan barang siapa berpaling dr peringatanKu, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yg sempit, dan kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”
Dan ALLAH swt jg ada berfirman “(org2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Ar-ra’d:28)
Siapa la kita ni nak lupa Tuhan plak...malu la ckit...dah la sume yg ada pada kita ni ALLAH yg beri.... pandai plak nk lupa tau pun saja je buat2 lupa....ni la manusia....harap2 kita suma tak tergolong dalam golongan ni...golongan yg lupa Tuhan...lupa sapa pencipta dia....lupa sapa pemberi rezeki dia....lupa sapa yg berkuasa kat atas bumi ni...lupa segalanya....na’uzubillah...
0 comments:
Post a Comment